سلامت هاري راي عيدالفطري
aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua sahabatku yang berada kat mana2 la.
semoga lebaran ini membawa seribu pengertian dan keinsafan kepada kita semua.
ramai orang kata, sempena hari raya ni, kita patut lupakan segala sengketa dan bermaaf maafan.
pada pendapat aku, memang kita boleh bermaafan di hari raya.
tapi ramai juga yang tak dapat lupakan sengketa tu.
dalam hati tetap ada rasa dendam atau tak puas hati.
inikah yang dimaksudkan dengan 'bermaafan' ?
ini semua sebagai nak penuhkan syarat hari raya je,kan ?
ada pepatah yang berbunyi :
'mudah untuk memaafkan tapi sukar untuk dilupakan'
AKU SETUJU !
aku tahu aku ada banyak buat salah pada orang.
tanggungjawab aku adalah dengan minta maaf pada orang tu walaupun aku tahu, orang tu tetap akan ingat kesalahan aku tu.
itu memang hak seseorang untuk maafkan atau tak.
kita boleh bertaubat jika kita ada buat dosa dengan الله.
tapi dosa dengan sesama manusia ? hanya manusia yang dapat memaafkan.
macam tu juga dengan aku.
aku boleh memaafkan orang. tapi untuk lupakan ? mungkin tak boleh.
apa-apa pun, semoga kita semua mendapat keberkatan syawal. Amin~