Minggu lepas adalah minggu penuh 'kontroversi' untuk semester 6. HAHA
al-maklumlah. hari isnin ada taklimat tentang final porject oleh Puan Nyi Imas (Penyelaras Projek).
subjek ni gabungkan ketiga-tiga kelas semester 6.
studentnya ade lebih kurang 100 orang. tapi buat kat Dewan Kuliah Jabatan? (sangat tidak praktikal)
tapi itu semua takde masalah.
saat-saat kontroversi yang digeruni semua pihak adalah apabila......
pembahagian kumpulan.
haaaa, masa ni semua dah mula mengatur langkah memilih member-member yang boleh buat kerja.
memang serabut sangat-sangat masa tu.
tapi selamatlah aku telah melamar awal-awal aweks-aweks dalam kelas aku ni untuk satu group. HAHA
(prinsip pemilihan kump. untuk kelas aku adalah, setiap kumpulan mesti ada atleast sorang lelaki).
okay! dalam kelas aku pun dah ada kontroversi pemilihan ahli kumpulan.
masing-masing taknak berpisah dengan BFF masing-masing. (kononnya)
tapi mungkin kematangan membuatkan benda tu berjalan lancar tanpa sebarang pemberontakan secara besar-besaran. HAHA
penyelia projek untuk kumpulan aku adalah : Puan Zaiton bte Sarman.
memang best! double thumbs up!
kumpulan aku dah memulakan langkah awal yang agak pantas dengan rancangan akan mengunjungi JOTIC pada hari rabu depan.
wahhhh! semangat betol aweks-aweks dalam group aku ni.
aku cuma ikut je perancangan dieorg sebab dieorang dulu praktikal di JOTIC.
so, walaupun aku adalah ketua projek kumpulan, aku kena rujuk pada aweks-aweks yang berpengalaman tu. HAHA
lepas dengar briefing dari penyelia kami, aku terus terbayangkan hari-hari yang mendatang aku nanti.
confirm busy tahap cimpanzi spesis Afrika.
tapi yang penting, kerjasama & semangat! HAHA
okayla. aku da penat nak menaip.
DAAAAAAAAAA.