Thursday, November 4, 2010

DENGGI

hari ni hari ke-6 aku kat Hospital Pakar KPJ Johor ni.
memang membosankan.
hari ni aku takde peneman sebab aku dah boleh uruskan diri sendiri.
so sempat la aku mengupdate blog aku yang terbengkalai ni.

suasana malam ni sejuk-sejuk suam. hahaha.
sebabnya, air-cond kat sini kadang-kadang macam haram sikit.
so terima je la.
aku dah berjaya habiskan 3 final paper kat hospital.

tapi tadi kejadian yang paling aku tak dapat lupakan.
nak tahu kenapa?
aku dari semalam baca nota 'sustainable tourism'.
pagi tadi sebelum lecturer datang untuk final, aku check la semula jadual exam aku.
terbahak aku bila tengok, rupanya subjek yang aku study tu, subjek untuk hari isnin depan.
rupanya hari ni subjek Prinsip Pengurusan.
hahahaha. sengal tahap gaban la kan.
selamat la sempat baca sikit-sikit.
jawab pun tak berapa selesa sebab rasa seram sejuk.
al-maklumlah badan tak sihat 100% la katakan.
tapi aku kena juga buat final.
kalau tak buat, takkan la aku nak extend sem yang aku dah belajar 5bulan ni plak kan?
erm, dah la. aku nak sambung tengok wrestling + online FB.
nanti kalau aku panjang umur, aku post lagi entry kat sini k.
ASSALAMUALAIKUM !

Friday, September 10, 2010

RENUNGKANLAH !

سلامت هاري راي عيدالفطري

aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua sahabatku yang berada kat mana2 la.
semoga lebaran ini membawa seribu pengertian dan keinsafan kepada kita semua.

ramai orang kata, sempena hari raya ni, kita patut lupakan segala sengketa dan bermaaf maafan.
pada pendapat aku, memang kita boleh bermaafan di hari raya.
tapi ramai juga yang tak dapat lupakan sengketa tu.
dalam hati tetap ada rasa dendam atau tak puas hati.
inikah yang dimaksudkan dengan 'bermaafan' ?
ini semua sebagai nak penuhkan syarat hari raya je,kan ?

ada pepatah yang berbunyi : 
'mudah untuk memaafkan tapi sukar untuk dilupakan'
AKU SETUJU !

aku tahu aku ada banyak buat salah pada orang.
tanggungjawab aku adalah dengan minta maaf pada orang tu walaupun aku tahu, orang tu tetap akan ingat kesalahan aku tu.
itu memang hak seseorang untuk maafkan atau tak.
kita boleh bertaubat jika kita ada buat dosa dengan الله.
tapi dosa dengan sesama manusia ? hanya manusia yang dapat memaafkan.

macam tu juga dengan aku.
aku boleh memaafkan orang. tapi untuk lupakan ? mungkin tak boleh.

apa-apa pun, semoga kita semua mendapat keberkatan syawal. Amin~