Belum lagi sempat pensyarah memulakan tirai kuliah, semester terakhir aku ni telah 'dihiasi' dengan kursus-kursus.
al-maklumlah semester akhir kononnya.
siang tadi, aku dah menjalani Kursus Peningkatan Kompetensi Personal Pelancongan dan Pengembaraan.
dari pukul 8 pagi, sampai la ke pukul 5 petang.
DAN yang paling penting, kursus tu akan bersambung esok.
arrrrggggghhhh! tension bercampur gembira aku dibuatnya.
sepanjang kursus tu, macam-macam yang dah jadi.
kadang-kadang aku rasa macam nak tidur, kadang-kadang macam nak pecah perut ketawa.
tapi itulah namanya kursus.
kalau dulu masa semester-semester bawah, kemungkinan besar aku & kawan-kawan akan ponteng je kursus-kursus macam ni.
tapi bila dah saat-saat akhir di PJB ni, keinsafan dan kematangan tu dah timbul.
so, esok sekali lagi akan menjadi penunggu setia dalam dewan kuliah selama hampir 9 jam.
tak cukup dengan tu, pada minggu ke-12 & ke-13 kuliah, satu lagi kursus ataupun bengkel English for Commercial Purposes akan diadakan.
so, kena lah aku 'block' tarikh tu dari sebarang aktiviti. HAHA.
okaylah! aku nak sambung uruskan Millionaire City aku & kemungkinan besar TIDUR! HAHA

