Majoriti masyarakat akan menyalahkan anggota polis dalam isu rasuah.
Tapi sedarkah anda bahawa dr segi undang-undang, PEMBERI & PENERIMA rasuah adalah dua pihak yg BERSALAH.
Mungkin anda akan kata "ala, polis yg salah sebab minta duit. kalau nak saman, saman je la".
Okay, kalau anda kata begitu, kenapa anda 'suap' polis tu? Kalau anda betul2 jujur & tak mengamalkan rasuah, kenapa anda tak terima saja saman tu? Muhasabah diri sendiri sebelum menyalahkan mana2 pihak.
Dalam hal ni, segelintir polis sememangnya bersalah kerana meminta & menerima 'suapan'.
Dan anda juga sebagai pemberi 'suapan' bersalah. Jadi untuk mengelakkan amalan rasuah, terima saja saman daripada anggota polis jika anda didapati bersalah melakukan kesalahan jalan raya. Tiada pepatah "tangan yg memberi lebih baik daripada tangan yg menerima" dalam isu rasuah.
Sama juga jika anda 'suap' kanak2 dengan gula-gula untuk menutup kesalahan anda.
Kanak2 tersebut akan meminta anda gula-gula jika tidak mahu rahsia anda terbongkar.Anda dengan perasaan 'tidak bersalah' memberikan kanak2 tersebut gula-gula.
Tanpa anda sedari, anda telah menggalakkan kanak-kanak tersebut menerima rasuah. Walaupun hanya dengan sebiji gula-gula, ianya tetap dipanggil rasuah.
Jadi, berwaspadalah.
*Aku tidak berpihak pada mana-mana pihak tapi pada pandangan aku, jika kita sebagai masyarakat bertindak jujur & tidak memberi rasuah, setidak-tidaknya kita akan membantu mengurangkan penularan gejala rasuah dalam masyarakat kita.
