Saturday, December 11, 2010

FINAL PROJECT

Minggu lepas adalah minggu penuh 'kontroversi' untuk semester 6. HAHA
al-maklumlah. hari isnin ada taklimat tentang final porject oleh Puan Nyi Imas (Penyelaras Projek).
subjek ni gabungkan ketiga-tiga kelas semester 6.
studentnya ade lebih kurang 100 orang. tapi buat kat Dewan Kuliah Jabatan? (sangat tidak praktikal)
tapi itu semua takde masalah.

saat-saat kontroversi yang digeruni semua pihak adalah apabila......
pembahagian kumpulan.
haaaa, masa ni semua dah mula mengatur langkah memilih member-member yang boleh buat kerja.
memang serabut sangat-sangat masa tu.
tapi selamatlah aku telah melamar awal-awal aweks-aweks dalam kelas aku ni untuk satu group. HAHA
(prinsip pemilihan kump. untuk kelas aku adalah, setiap kumpulan mesti ada atleast sorang lelaki).
okay! dalam kelas aku pun dah ada kontroversi pemilihan ahli kumpulan.
masing-masing taknak berpisah dengan BFF masing-masing. (kononnya)
tapi mungkin kematangan membuatkan benda tu berjalan lancar tanpa sebarang pemberontakan secara besar-besaran. HAHA

penyelia projek untuk kumpulan aku adalah : Puan Zaiton bte Sarman.
memang best! double thumbs up!



kumpulan aku dah memulakan langkah awal yang agak pantas dengan rancangan akan mengunjungi JOTIC pada hari rabu depan.
wahhhh! semangat betol aweks-aweks dalam group aku ni.
aku cuma ikut je perancangan dieorg sebab dieorang dulu praktikal di JOTIC.
so, walaupun aku adalah ketua projek kumpulan, aku kena rujuk pada aweks-aweks yang berpengalaman tu. HAHA

lepas dengar briefing dari penyelia kami, aku terus terbayangkan hari-hari yang mendatang aku nanti.
confirm busy tahap cimpanzi spesis Afrika.

tapi yang penting, kerjasama & semangat! HAHA
okayla. aku da penat nak menaip.

DAAAAAAAAAA.

Wednesday, December 8, 2010

KURSUS : MEMBANTU / MEMBEBANKAN

Belum lagi sempat pensyarah memulakan tirai kuliah, semester terakhir aku ni telah 'dihiasi' dengan kursus-kursus.
al-maklumlah semester akhir kononnya.

siang tadi, aku dah menjalani Kursus Peningkatan Kompetensi Personal Pelancongan dan Pengembaraan.
dari pukul 8 pagi, sampai la ke pukul 5 petang.
DAN yang paling penting, kursus tu akan bersambung esok.
arrrrggggghhhh! tension bercampur gembira aku dibuatnya.
sepanjang kursus tu, macam-macam yang dah jadi.
kadang-kadang aku rasa macam nak tidur, kadang-kadang macam nak pecah perut ketawa.
tapi itulah namanya kursus.

kalau dulu masa semester-semester bawah, kemungkinan besar aku & kawan-kawan akan ponteng je kursus-kursus macam ni.
tapi bila dah saat-saat akhir di PJB ni, keinsafan dan kematangan tu dah timbul.
so, esok sekali lagi akan menjadi penunggu setia dalam dewan kuliah selama hampir 9 jam.

tak cukup dengan tu, pada minggu ke-12 & ke-13 kuliah, satu lagi kursus ataupun bengkel English for Commercial Purposes akan diadakan.
so, kena lah aku 'block' tarikh tu dari sebarang aktiviti. HAHA.

okaylah! aku nak sambung uruskan Millionaire City aku & kemungkinan besar TIDUR! HAHA

Monday, December 6, 2010

ALAHAI PE'AH THE MOVIE

memang sebenarnya cerita ni dah lapuk la.
tapi 'ade aku kesah'?
so, hari ni aku nak cerita pasal filem pendek yang kumpulan kami kena siapkan untuk semester lepas.

fikir punya fikir, akhirnya kami dapat lah jalan cerita untuk filem pendek ni.
tajuknya : 'alahai...PE'AH'

macam-macam yang terjadi masa dalam proses pembikinan filem ni.
yang lawaknya, scene sebenar cuma 5 saat. tapi penggambaran untuk scene tu sampai 1 jam. HAHA
macam penggambaran filem 5 juta dah aku rasa. HAHA
lokasi pulak, janganla dicerita.
memang kumpulan kami adalah antara kumpulan yang 'kaya' dengan lokasi.
kononnya sebab hasilnya nampak gempak. HAHA


haaaa. yang ni pulak adalah cover DVD merangkap poster untuk filem pendek kami ni.
benda ni aku yang design. takde la cantik mane sebab aku ni bukannya graphic designer.
so, aku buat yang aku mampu je la.
bila pandang lama-lama kat pelakon utama ni, aku asyik nak gelak je. HAHAHA

so sesiapa yang nak tengok filem pendek ni, boleh la klik kat link ni ye - Alahai...PE'AH
sebab saiz terlalu besar untuk upload kat sini  :)  


KREW PRODUKSI

arahan : Mohd Hilmi
suntingan : Mohamad Nazhif | Mohd Hilmi
jurukamera : Ahmad Aiman | Hazuddin | Mohamad Nazhif | Mohd Hilmi
solekan : Muhd Hapiz | Amirah Abu Bakar
jurugegas : Hazuddin | Muhd Hapiz
props : Mohamad Nazhif
suara latar : Norazha Rafizzi

lakonan :
Suria Murni sbg Pe'ah
Hazuddin sbg Kasim
Mohamad Nazhif sbg Adi
Muhd Hapiz sbg Zack
Ahmad Aiman sbg Adam
Mohd Hilmi sbg Dani

penampilan khas :
Muhammad Hakam sbg Peragut
Amirah Abu Bakar sbg Rakan Pe'Ah


terbitan : 

Rightist Production Sdn Bhd

Akhir sekali, kumpulan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara sengaja ataupun tidak sengaja dalam pembikinan filem pendek ini.

Sunday, December 5, 2010

TOTALLY UPDATED

hello! hello!
HAHAHA. blog aku kini berwajah baru. (takde la baru sangat pun)
plan untuk pergi ke PC Expo tadi dah dapat dilaksanakan.
cuma delayed beberapa jam la dari plan asal. HAHA
'JANJI MELAYU'

balik-balik je dari makan malam, aku terus buka lappy aku.
mula-mula cuma plan nak online FB je.
tapi tiba-tiba nafsu untuk update blog tiba-tiba berserakah. HAHAHA
so, ni je la hasilnya yang tak seberapa.
takde idea sangat la untuk design blog ni.
maybe idea tu datang masa aku tidur nanti kot. HAHA

esok adalah Minggu Ke-2 sesi kuliah bagi semester 6 aku.
hmmmmmm, esok kelas start pada jam 10.15 am.
dan dengar-dengar khabar, kelas tu adalah kelas Tamadun. (macam ada chance untuk datang lewat) HAHAHA
seperti minggu lepas, aku tak berharap pun yang esok pensyarah akan start mengajar.
rutin setiap kali awal sem adalah : TOR (term of references).
so, esok pun pensyarah akan serahkan & terangkan pasal TOR tu.

semangat sikit sem ni sebab ni la sem terakhir aku kat PJB. (insyaAllah)
aku berharap semangat ni akan kekal sampai ke akhirnya. HAHA

oke la.
esok kalau aku rajin & ada cerita terbaru, aku post lagi entry k.
aku nak buat 'final touch' sikit untuk blog ni kejap.
lepas tu, maybe aku akan tidur kot. HAHAHA.
Good Night!

TAMAN SKODENG

Selamat datang ke Taman Skodeng! HAHAHA
pagi ni, tepat jam 9.30am, mata aku tiba-tiba je terbuka.
bangun-bangun je, teringat pula kat Millionaire City (game kat FB).
so aku bingkas bangun & meng'online' kan diri.

Hari ni sebenanrnya dah ada plan dengan member-member BFF aku. HAHAHA
kononnya nak merempit ke PERSADA Johor sebab ada PC Fair.
Plannya nak gerak jam 11am.
tapi sekarang ni, dah jam 1.03pm dah.
ape sudah jadi? HAHA
aku memang tak heran pun kalau plan ni cancel ataupun delay sebab aku dah kenal sangat perangai KAMI semua. HAHA
memang dari awal kitorang member, janji kitorang memang selalu pending. HAHAHA
biasa la. JANJI MELAYU la katakan.

apa lagi ek? tak ade ape kot aku nak cerita lagi sebab hari masih muda.
cuma aku berharap la sangat-sangat yang duit PTPTN masuk dalam minggu depan sebab aku nak guna sangat-sangat duit tu.
penting la kononnya. HAHA


Thursday, November 11, 2010

C.M

haaaa.
ni dah start cuti semester.
2minggu je cuti kali ni.

tapi sebenarnya, bukannya entry ni untuk cerita pasal cuti.
tapi nak cerita pasal result final yang aku pun tak tahu bila akan keluar.

masa hari last aku punya final, aku dapat sms dari lecturer Akaun aku.
pada awal sms tu, lecturer tu tanya khabar demam denggi aku.
tapi bila dah hujung2 sms dia tu, ada khabar yang tak sedap untuk dibaca, didengar dan dilihat.
ayat dia macam ni : "tapi kenapa tak leh jawab final? sy frust ni."
fuhhhhhhhh. aku punya final Akaun hancur ke?



lepas baca sms tu, aku terus moody & terus reply sms tu.
aku : "kenapa puan? result final saya teruk ke?."
puan : "sy tengah marking ni. kalau PB awak tinggi, awak selamat la. banyak2 la doa ye."

apa perasaan korang kalau baca sms macam tu dari lecturer?
aku terus terfikir yang aku akan Carry Module Akaun.
macam mana lah agaknya keadaan aku kalau aku kena CM. aduhhhhh~

semalam aku try sms lecturer tu untuk tanya markah keseluruhan Akaun aku untuk sem ni.
dan lecturer tu pun reply.
nak tahu dia reply ape?
erm, rasanya tak payah lah aku nk beritahu korang semua sebab result rasmi belum kuar lagi.
so korang fikir la ye sama ada aku pass Akaun untuk sem 5 ataupun kena CM.

apa-apa pun, selain Akaun, paper Marketing pun buat aku gegel jugak.
berdoa je la yang aku mampu.
moga-moga aku takde kena CM walaupun satu paper.

memang tension bila jawab final kat dalam wad.
walaupun keadaan sejuk, tapi memang tension gila dan tak selesa.
so kalau ditakdirkan aku kena CM nanti, korang bagilah semangat pada aku ye.
sebab aku tahu, kawan-kawan adalah kaunselor terbaik.

ape-ape pun, GOOD LUCK untuk korang jugak ye.
semoga pointer korang lebih dari 3.50 dan dapat anugerah.  :)

Thursday, November 4, 2010

DENGGI

hari ni hari ke-6 aku kat Hospital Pakar KPJ Johor ni.
memang membosankan.
hari ni aku takde peneman sebab aku dah boleh uruskan diri sendiri.
so sempat la aku mengupdate blog aku yang terbengkalai ni.

suasana malam ni sejuk-sejuk suam. hahaha.
sebabnya, air-cond kat sini kadang-kadang macam haram sikit.
so terima je la.
aku dah berjaya habiskan 3 final paper kat hospital.

tapi tadi kejadian yang paling aku tak dapat lupakan.
nak tahu kenapa?
aku dari semalam baca nota 'sustainable tourism'.
pagi tadi sebelum lecturer datang untuk final, aku check la semula jadual exam aku.
terbahak aku bila tengok, rupanya subjek yang aku study tu, subjek untuk hari isnin depan.
rupanya hari ni subjek Prinsip Pengurusan.
hahahaha. sengal tahap gaban la kan.
selamat la sempat baca sikit-sikit.
jawab pun tak berapa selesa sebab rasa seram sejuk.
al-maklumlah badan tak sihat 100% la katakan.
tapi aku kena juga buat final.
kalau tak buat, takkan la aku nak extend sem yang aku dah belajar 5bulan ni plak kan?
erm, dah la. aku nak sambung tengok wrestling + online FB.
nanti kalau aku panjang umur, aku post lagi entry kat sini k.
ASSALAMUALAIKUM !

Friday, September 10, 2010

RENUNGKANLAH !

سلامت هاري راي عيدالفطري

aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua sahabatku yang berada kat mana2 la.
semoga lebaran ini membawa seribu pengertian dan keinsafan kepada kita semua.

ramai orang kata, sempena hari raya ni, kita patut lupakan segala sengketa dan bermaaf maafan.
pada pendapat aku, memang kita boleh bermaafan di hari raya.
tapi ramai juga yang tak dapat lupakan sengketa tu.
dalam hati tetap ada rasa dendam atau tak puas hati.
inikah yang dimaksudkan dengan 'bermaafan' ?
ini semua sebagai nak penuhkan syarat hari raya je,kan ?

ada pepatah yang berbunyi : 
'mudah untuk memaafkan tapi sukar untuk dilupakan'
AKU SETUJU !

aku tahu aku ada banyak buat salah pada orang.
tanggungjawab aku adalah dengan minta maaf pada orang tu walaupun aku tahu, orang tu tetap akan ingat kesalahan aku tu.
itu memang hak seseorang untuk maafkan atau tak.
kita boleh bertaubat jika kita ada buat dosa dengan الله.
tapi dosa dengan sesama manusia ? hanya manusia yang dapat memaafkan.

macam tu juga dengan aku.
aku boleh memaafkan orang. tapi untuk lupakan ? mungkin tak boleh.

apa-apa pun, semoga kita semua mendapat keberkatan syawal. Amin~

Sunday, September 5, 2010

PEREMPUAN : HIASAN DUNIA


aishhh.
sebenarnya kesian aku tengok pada perempuan ni.
aku sebenarnya sayang pada dia tapi ada halangan besar yang tak dapat aku elakkan.
so, aku tak boleh nak sayang dia macam mana dia sayang aku.
tiap2 hari dia sms aku tapi aku cuba elak untuk balas sms dia.
sebab ape? sebab aku tak dia terseksa.
tapi semalam, aku balas juga sms dia.
aku cuba terangkan hal yang sebenar.
tapi dia tetap dengan keputusan dia. aduh~
aku tak nak lukakan hati dia sebab aku dah ada orang lain.
dia tak ada kekurangan kat mata aku.
cuma aku tak boleh nak lukakan hati orang yang aku da sayang terlebih dulu.
dan satu kelemahan aku adalah aku tak boleh dengar/tengok perempuan nangis.
aku automatik akan jadi gelabah. aku kesiankan dia~


kepada awak : maafkan saya, wak. saya tak boleh nak terima awak sebab saya dah ada orang lain.
saya tak boleh nak lukakan hati dia sebab saya kenal dia dulu sebelum saya kenal dgn awak.
saya tak terus terang dgn awak sebelum ni, sebab saya fikir awak cuma nak berkawan dgn saya.
maafkan saya. saya betul2 dalam dilemma sekarang.
saya harap kita dapat berkawan dulu.
kalau umur panjang, mungkin saya dapat terima awak. :(

Friday, September 3, 2010

SELAMAT HARI RAYA

macam tahun lepas jugak, tahun ni kebanyakan hari, aku puase kat rumah sewa aku sbb ada kuliah.
mood raya macam takde je.
erm, baju raye pun aku tak beli kecuali sepasang baju melayu.
itu pun aku cume pakai untuk sembahyang raya je.
ermmmm, aku cume ada mood untuk melantak kuih raya je. hahaha
ape2 pun, memang dari dulu aku tak biasa bagi org kat raye.
so tahun ni, aku cuma bagi ucapan raye kat Facebook je sebab pada aku, Facebook lebih meluas.


so, aku nak amek kesempatan dalam entry ni untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA ; MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pengunjung blog aku. adios~


Sunday, July 11, 2010

BAD WEEK

mmg malang sungguh nasib aku minggu ni.
mane tak nye. hari khamis, handphone aku yg da berusia setahun,telah jahanam.
sebabnye adalah, aku terduduk handphone tu mase aku jogging kat tasik dahlia.
aduh~ rabak la poket aku kalau mcm ni.

pastu plak, untuk melengkapkan cerita minggu malang aku ni, helmet ksayangn aku yg belum smpai 2bulan tu, hilang kena cilok kat dpn komtar ptg tadi.bengang siot! xpasal2, aku kena pegi cari helmet baru kat bndr jb tu.
da la 'murah' gile..aduh~

Saturday, June 12, 2010

MERDEKA !!!

Akhirnye!!
abes jgk LI aku ni.hahaha.
pengalaman yang mnarik? wth!
aku rase, aku bru lpas abes part-time kat CC.
mane tak nye, tiap2 ari pegi keje on9 je memanjang.
pastu, dapat 'ELAUN' rm300. mcm tuuuuuuuuut la siot.huh!
 tapi ade plak jamuan perpisahan utk kitorg.hahaha.
delivery service je r.tapi ok la drpd xde.haha
lepas mamat pizza tu dtg anta pizza, blh plak pizza tu tersilap saiz.wtf!

.

Evaluation Time!!!!
aku dgn bangganye bagi la report aku utk dinilai.
dapat 61 per 75?
huh! da la xdpt elaun.pastu aku keje mcm nk gile, dpt 61 je?
lantak la.yang penting, seksa aku da lepas.hahaha.
skarang ni, proses utk menyiapkan report aku yg da tepat 70 pages.
dlm rules, final report kne buat atleast 80 pages.
tp dgn markah aku yg 61 per 75 tu, aku akan buat >100 pages. (goal aku.haha)
aku ada lagi dua/tiga bab yang belum siap.
satu bab blh buat mkn 20 pages.
so, aku rase aku mmpu capai goal aku.hahaha.
da la.aku nk smbung buat report aku ni sbb spatotnye arini aku nk lepak dgn Naz.
tapi tibe2 pkul 12 tadi die bg sms :
"Der ad mane?aq xjd dtg sne..de hal ckit nk settle ni..lau ko de pape news pasal uma tu gtau aq k.."
p/s utk naz : "WTF PKK" ..hahaha.
so, dgn smangat berkobar-kobar, aku nk smbung buat report aku ni sbb aku nk siapkn report tu ASAP sbb aku nk tgok World Cup.hahaha.

Thursday, June 10, 2010

DISASTER

lame rasenye da tak update blog aku yg tak sberapa ni.haha
semenjak dua tiga empat lima menjak ni, aku agak ke'busy'an sikit dgn final report LI aku yang tak siap2 ni.haha

btw, macam-macam perkara yang terjadi kebelakangan ni.

setiap hari aku dtg ofis tapi aku rase mcm aku pegi CC je.
sebabnye, aku xde buat ape2 keje dlm ofis ni.
so keje aku cume buat report & on9! yeah!
mcm gampang jgk kadang2 rasenye.
tapi ape nk buat~

.

pasal umah sewa plak, xsettle2 lg.
adoyai~
babi betol tuan rumah tu.
nk main kotor dgn pengotor..xdapat la bhai! haha

.

lappy aku plak buat hal.
mmg cari nahas la dgn aku.
kalo ikut plan asl, aku cume nk pegi install Canon Inkjet All-in-One tu je.
tapi akhirnye, kne format & upgrade RAM skali.

tapi.......

REPORT AKU!!!!!! aku berserah je pd Allah yg Maha Esa.
kalau report aku xdpt di'backup', aku akan bakar laptop tu.aku xkire! huh!
aku da try selamatkan report aku dgn transfer ke dlm pendrive tp pndrive tu pn ade virus.bodoh!
so 'once in a history', aku bwk lappy burok aku ni pegi ofis.
lappy ni is much much better dr lappy acer aku tu walaupn brand ntah ape2.haha


p/s : kpade rakan2 & followers yg mrindui aku, aku rndu kat korang jgk.hahahahaha

Wednesday, June 2, 2010

AYAH

Dulu mase aku kecik2, aku lgsung xngam dgn bapak aku.
mak aku kate, setiap ape yg bapak aku ckp, aku akan membantah.
aku pn slalu kena blasah ngn bapak aku sbb degil sgt.
org kate, aku xleh ngam dgn bapak aku sbb muke kitorg sme.ermmm, ntahla.
dulu mak & ayh aku garang gile dgn aku.

tp lepas umr aku da makin meningkat ni, mak & ayah aku da jd mcm KAWAN dgn aku & adik bradik aku.
kalau nk difikir2kn smule, aku pun pelik mcm mne mak & ayah aku blh jd mcm ni.
mungkin sbb kitorg da besar.
family kitorg mmg bkn yg jenis ckp sopan2.
kalau korg dgr aku & adik bradik aku brcakap ngn mak & ayah kitorg pn, korg akn kate : "eyh, biadapnye bdk ni."

tapi hakikatnye, kitorg mmg mcm kawan.
xkisahla ape yg org nk ckp, yg penting family aku happy dgn care mcm ni.
xde 'tembok' yg blh sekat kitorg dr brgurau & crite mslh dgn mak & ayah.

PAK DENAN
mase zaman muda-muda
(hensem mcm aku x?hahaha)

aku & ayah aku mmg slalu brgurau2 ganas.
misalnye : 
kalo ayah aku tumbok bahu aku skali, aku akn balas die 3kali & kalau aku cucuk pinggang die skali, die akn balas 3kali.hahahaha.

mesti korg pelik dgr crite ni,kn?
tp ini la hakikatnye dlm family aku.
so, lantak la kalo korg nk kate aku ni biadap o whatsoever.
yg penting, mak, ayah, akak & adik aku faham dgn situasi & care family kitorg.hahaha

~wasalam~

TRIBUTE TO PALESTINE



Tuesday, June 1, 2010

SAVE GAZA | F*CK ISRAEL


ISRAEL = BINATANG


credit to : mStar Online
Tindakan kejam dan biadab tentera marin Israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera.


credit to : Berita Harian Online

Gambar (atas) menunjukkan salah sebuah kapal yang mengambil bahagian dalam misi bantuan antarabangsa membentuk armada ‘Freedom Flotilla’ ke Gaza.
Gambar bawah menunjukkan helikopter Israel terbang dekat kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan untuk penduduk Gaza. Foto sebelahnya pula dirakam saluran televisyen Turki menyaksikan tentera laut Israel mendekati kapal aktivis.

Monday, May 31, 2010

SOFIA JANE


Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca

Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri