Sunday, April 21, 2013

PERANG BERMULA

Entri ni aku mulakan dengan ungkapan Alhamdulillah.
Kenapa?
Sebab Proses Penamaan Calon PRU-13 di seluruh negara berjalan dengan lancar secara amnya.

Pagi tadi aku sempat menjengah ke Pusat Penamaan Calon bagi kawasan Parlimen Gelang Patah di Dewan Serbaguna MPJBT Skudai.


Antara gelagat penyokong BN yang hadir

Lepas lebih 3 jam aku & semua penyokong BN menunggu, akhirnya Pegawai Pengurus Pilihanraya keluar dari dewan untuk buat pengumuman.

Secara rasminya, P162 Gelang Patah dan dua lagi kerusi DUN di bawahnya menyaksikan pertandingan 1 lawan 1 antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Ni la calon-calon rasminya :

P162 Gelang Patah : Datuk Abdul Ghani Othman (BN) -vs- Lim Kit Siang (DAP)

N48 Skudai : Liang Ah Chy (BN) -vs- Dr Boo Cheng Hau (DAP)

N49 Nusajaya : Dr Zaini Abu Bakar (BN) -vs- Salahuddin Ayub (PAS)

Walaupun pada awalnya, pencalonan Datuk Abdul Ghani dibantah oleh penyokong MCA Bahagian yang mahukan Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh sebagai calon. Namun isu itu berjaya diselesaikan secara muafakat. Tahniah!

"Jentera pilihan raya Jason Teoh sokong Abdul Ghani"
Datuk Abdul Ghani Othman bersalaman dengan penyokong BN

Untuk pengetahuan korang, PR meletakkan 'orang-orang besar' mereka di kesemua kerusi dalam kawasan Gelang Patah. Bagi kerusi parlimen, calonnya adalah Penasihat DAP. Kerusi DUN Skudai pula, mereka meletakkan Pengerusi DAP Johor & juga merupakan penyandang kerusi DUN berkenaan. Kerusi DUN Nusajaya mereka letakkan Naib Presiden PAS.

WOW! Nampaknya betul-betul nak 'menawan' Gelang Patah nampaknya mereka ni.
HEHE. Takpe la. Negara ni kan negara demokrasi. Aku tetap akan hormati pilihan majoriti rakyat di kawasan ini.

Cuma persoalan yang bermain dalam kepala otak aku adalah kenapa baru PRU-13 ni baru nak 'terhegeh-hegeh' nak rebut kerusi-kerusi di Gelang Patah ni?
Jawapan aku senang je. Sebab PR teruja tengok pembangunan di Kota Iskandar yang terletak dalam kawasan Nusajaya, Gelang Patah.

Menurut undang-undang SPR, kempen pilihanraya akan bermula sebaik sahaja Pegawai Pengurus SPR Kawasan membuat pengumuman calon secara rasmi.
So, bermaksud kempen telah bermula sejak tengahari tadi.
Aku berharap semua pihak tak kira lah sama ada pihak BN ataupun PR menjalankan kempen yang bermoral, sihat dan berintelektual.
Tolong jangan timbulkan kekecohan di kawasan ini. Cukuplah pada 'spotlight' yang diberikan pihak media untuk kawasan ini yang digelar 'hot seat' berdasarkan kepada kapasiti calon yang bertanding di sini.

Oke. Dah la. Aku nak tidur. Cukuplah setakat ini berkaitan dengan Hari Penamaan Calon bagi kawasan Gelang Patah.

* Pagi tadi ada sorang anggota polis wanita yang sangat cantik oke. Nama dia Dayah. Tapi aku tak sempat ambil gambar dia. HAHA. Manis sangat muka dia. Tahniah PDRM ! (tetiba.HAHA)