Sunday, March 31, 2013

TABIAT DI LAMAN SOSIAL

Kebanyakan orang di dunia ni mempunyai akaun dalam laman sosial.
Tapi berdasarkan pemerhatian aku, ada segelintir yang mempunyai tabiat tersendiri di laman sosial. 
Antaranya :
- Upload gambar yang 'menggiurkan' untuk menarik minat orang ramai.
- Memaki hamun orang lain dalam status/tweet.
- Upload sehingga 20 gambar dalam sehari secara berasingan.
- Suami & isteri / boyfriend & girlfriend bergaduh sesama sendiri dalam status/tweet.
- Kemanjaan yang terlebih antara pasangan kekasih/suami isteri.
- Mengaibkan orang lain melalui gambar/status/tweet.



Mungkin ramai yang tak sedar bahawa segala post anda dalam media sosial mencerminkan keperibadian anda.
Cukup-cukuplah untuk menarik perhatian orang ramai.
Jika ada masalah dengan pasangan/sesiapa sahaja, bukankah lebih manis & elok jika anda sekadar menghantar inbox message/direct message atau lebih elok jika terus menghubungi individu tersebut melalui telefon.
Kadang-kadang, golongan 'mak budak' yang bersikap lebih kebudak-budakkan daripada budak-budak yang memang lumrahnya kebudak-budakkan.

Bukan niat untuk menghentam sesiapa tetapi sama-sama lah kita renungkan sejenak, berapa banyak post kita di laman sosial yang bersifat kerohanian & motivasi?
Tentu sekali kurang daripada 20%. Begitu juga dengan aku.
Tetapi kadang-kadang post kita yang neutral mampu menyedarkan seseorang secara tidak langsung. Nisbah 1:100 pun tidak mengapa asalkan ada sedikit 'kemanisan' di dalam laman sosial kita.

Sekian :)

*Dah 9 bulan tak post entri dalam blog ni. Rasa rindu pun ada. HAHA.