Monday, February 21, 2011

CIGAR vs SHISHA

haaaa. post ni bukan nak bercerita tabiat merokok aku.
aku malas nak cerita bab tu sebab dah biase sangat aku kena bebel suruh berhenti merokok.
so, hari ni aku nak cerita bab shisha.

baru je tadi, grup aku present pasal shisha dalam kelas Tamadun Islam.
punyalah banyak fakta tentang bahaya shisha dan rokok yang grup kami bentangkan.
antaranya :
- shisha 400 kali ganda lebih bahaya berbanding rokok.
- shisha boleh membawa kepada banyak penyakit termasuk tibi & HIV.
- sekali kita sedut shisha, bersamaan dengan hisap 70 batang rokok.



so lepas je present, ustaz pun komen la.
tiba2 ustaz dengan selambernye boleh bercerita tentang kenikmatan menghisap shisha.
HAHAHA
sebab ustaz ni dulu belajar kat timur tengah.
dan ustaz ni adalah salah seorang penghisap shisha tegar.
so, ustaz macam backup la sikit kami2 yang digelar perokok ni. HAHA
terbaik la ustaz!!!
ustaz siap cerita lagi waktu2 nikmatnya menghisap rokok. HAHA
kalau korang perokok, korang akan tahu bila waktu2nya tu.

so, nasihat aku pada korang yang tak hisap rokok tapi hisap shisha,
HENTIKANLAH!!
sebabnya, jangan sampai korang pun ketagih jugak ye.
terutamanya perempuan2.
aku tahu, ramai perempuan yang hisap shisha walaupun tak hisap rokok.

kesimpulannya,
ROKOK & SHISHA membahayakan kesihatan.
so, sesape yang belum terjebak lagi, hindarkanlah!
peace no war  =)

Tuesday, February 8, 2011

KUALA SELANGOR

esok kelas aku akan gerak menuju ke Homestay Kuala Selangor
(aku lupa nama kampung tu).
tapi kalau nak ikutkan waktu yang tepat,
sebenarnye tak sampai 8 jam lagi kitorang akan gerak.
perasaan sekarang ni agak excited sebab al-maklumlah,
ini 1st time aku nak menjejakkan kaki ke homestay.
lagipun aku sememangnya takde kampung halaman  :(
so setiap kali Hari Raya,
aku akan bertandang ke rumah nenek & atok aku di Taman Daya.
so, itulah kampung halaman kami sekeluarga.
sedih, kan?
ape nak buat~~

berbalik kepada cerita homestay tu, aku sebenarnya masih blur dengan
tujuan pemergian kami ke sana.
YES! sememangnya tujuan kami adalah untuk buat research.
tapi masalahnya, takde sebarang persiapan pun untuk research tu.
so aku masih blur2 lagi.
mungkin esok baru nampak la kot tujuan sebenarnya tu.


lepas balik dari makan malam je tadi, aku dengan semangatnya, dah kemas barang2 aku termasuklah meng'iron' baju dan seluar yang akan dipakai esok.
baju untuk esok, Puan Nurul dah tetapkan untuk pakai baju 'GAJAH'.
so, semuanya sudah settled.

cuma satu kebimbangan/persoalan yang berlegar dalam kepala hotak aku ni.
"dapat ke kitorang bangun sebelum pkul 7.30 esok?"
urmmmmmm, agak memusykilkan la. HAHA

Tuesday, February 1, 2011

TAK SAH

tak sah kehidupan seharian aku tanpa M.C.
mesti ramai yang blur2 apa tu M.C kan?
M.C = Millionaire City.
HAHAHAHA
fenomena terutamanya untuk budak2 kelas aku.
berlumba-lumba nak dapat ranking yang best.
pencabar/pesaing utama aku adalah member sebelah tilam aku.
siapa lagi kalau bukan Mohamad Nazhif.
gigih sungguh kami bertanding. HAHAHAHA
setakat ni, dia semakin menghampiri aku sambil diekori member-member yang lain terutamanya 'awek sang B' dan juga si Jaha Kasyah Jahat.
so aku doakan la korang semua berjaya dalam M.C ni ye. HAHA
aku pun kadang-kadang macam malas dah nak manage game ni.
tapi disebabkan tak mahu kalah, aku tetap juga teruskan. HAHAHA

haaaaa.
screenshot kat bawah ni, adalah screenshot M.C aku untuk setakat jam 5 petang ni.
takde lah gempak mana.
tapi adelah sikit-sikit. HAHAHA
aku namakan bandar aku ni = HILMIpolitan. HAHAHA
bersempena dengan nama aku la kononnya.