Friday, September 10, 2010

RENUNGKANLAH !

سلامت هاري راي عيدالفطري

aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua sahabatku yang berada kat mana2 la.
semoga lebaran ini membawa seribu pengertian dan keinsafan kepada kita semua.

ramai orang kata, sempena hari raya ni, kita patut lupakan segala sengketa dan bermaaf maafan.
pada pendapat aku, memang kita boleh bermaafan di hari raya.
tapi ramai juga yang tak dapat lupakan sengketa tu.
dalam hati tetap ada rasa dendam atau tak puas hati.
inikah yang dimaksudkan dengan 'bermaafan' ?
ini semua sebagai nak penuhkan syarat hari raya je,kan ?

ada pepatah yang berbunyi : 
'mudah untuk memaafkan tapi sukar untuk dilupakan'
AKU SETUJU !

aku tahu aku ada banyak buat salah pada orang.
tanggungjawab aku adalah dengan minta maaf pada orang tu walaupun aku tahu, orang tu tetap akan ingat kesalahan aku tu.
itu memang hak seseorang untuk maafkan atau tak.
kita boleh bertaubat jika kita ada buat dosa dengan الله.
tapi dosa dengan sesama manusia ? hanya manusia yang dapat memaafkan.

macam tu juga dengan aku.
aku boleh memaafkan orang. tapi untuk lupakan ? mungkin tak boleh.

apa-apa pun, semoga kita semua mendapat keberkatan syawal. Amin~

Sunday, September 5, 2010

PEREMPUAN : HIASAN DUNIA


aishhh.
sebenarnya kesian aku tengok pada perempuan ni.
aku sebenarnya sayang pada dia tapi ada halangan besar yang tak dapat aku elakkan.
so, aku tak boleh nak sayang dia macam mana dia sayang aku.
tiap2 hari dia sms aku tapi aku cuba elak untuk balas sms dia.
sebab ape? sebab aku tak dia terseksa.
tapi semalam, aku balas juga sms dia.
aku cuba terangkan hal yang sebenar.
tapi dia tetap dengan keputusan dia. aduh~
aku tak nak lukakan hati dia sebab aku dah ada orang lain.
dia tak ada kekurangan kat mata aku.
cuma aku tak boleh nak lukakan hati orang yang aku da sayang terlebih dulu.
dan satu kelemahan aku adalah aku tak boleh dengar/tengok perempuan nangis.
aku automatik akan jadi gelabah. aku kesiankan dia~


kepada awak : maafkan saya, wak. saya tak boleh nak terima awak sebab saya dah ada orang lain.
saya tak boleh nak lukakan hati dia sebab saya kenal dia dulu sebelum saya kenal dgn awak.
saya tak terus terang dgn awak sebelum ni, sebab saya fikir awak cuma nak berkawan dgn saya.
maafkan saya. saya betul2 dalam dilemma sekarang.
saya harap kita dapat berkawan dulu.
kalau umur panjang, mungkin saya dapat terima awak. :(

Friday, September 3, 2010

SELAMAT HARI RAYA

macam tahun lepas jugak, tahun ni kebanyakan hari, aku puase kat rumah sewa aku sbb ada kuliah.
mood raya macam takde je.
erm, baju raye pun aku tak beli kecuali sepasang baju melayu.
itu pun aku cume pakai untuk sembahyang raya je.
ermmmm, aku cume ada mood untuk melantak kuih raya je. hahaha
ape2 pun, memang dari dulu aku tak biasa bagi org kat raye.
so tahun ni, aku cuma bagi ucapan raye kat Facebook je sebab pada aku, Facebook lebih meluas.


so, aku nak amek kesempatan dalam entry ni untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA ; MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pengunjung blog aku. adios~