Monday, December 19, 2011

PJB DALAM KENANGAN

Entri pertama aku bagi penggal kedua tahun 2011..hehehe
Bukan tak nak 'update' blog ni..cuma batasan waktu menjadi penyebab..

Dah2..sekarang ni, berbalik pada tajuk entri aku ni..Nak kata aku sedih, memanglah sedih..
Tapi dalam masa yang sama, aku 'happy' la juga..

Sebab-sebab aku sedih :
+ Kat PJB ni la aku belajar erti berdikari.
+ Kat sini la aku belajar erti persahabatan sebenar.
+ Kat sini juga aku dapat pengalaman kepemimpinan.
+ 3 tahun aku menimba ilmu kat sini.
+ Kat sini aku belajar erti kesabaran & perit jerih menimba ilmu.

Sebab-sebab aku happy :
+ Akhirnya, PJB dah bertukar nama.
+ Lepas ni, PJB akan lebih maju & membangun.
+ Aku akan konvo di PJB yang menggunakan nama baru.

Tapi, aku masih 'confuse'. Nanti dalam sijil Diploma aku tu, aku pun tak tahu tertera nama Politeknik Johor Bahru, ataupun Politeknik Ibrahim Sultan.



Ni la logo Politeknik Ibrahim Sultan yang menggantikan PJB.

Ni plak logo lama Politeknik Johor Bahru

Apa-apa pun, aku ucapkan tahniah pada semua warga PJB/PIS..
Dan aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua Pensyarah & member2 aku sepanjang aku belajar kat PJB (2008-2011).
Nama PJB mungkin telah lupus..tapi kenangan PJB tetap akan ku kenang sampai akhir hayat aku..

Terima Kasih, PJB !
Jasamu ku kenang !

Friday, March 18, 2011

MY DESIGN

setelah beberapa kali tukar design, akhirnya ni lah hasil design-design aku untuk final project group aku.
aku tak banyak menyumbang pun sebab aku ni tak reti nak buat-buat ayat.
cuma yang aku reti sikit-sikit, buat design untuk promosi je la. HAHA
haaaa. pesanan pada budak-budak graphic : "aku ni tak belajar formal macam korang. so, aku tak sehebat korang. hehe "
meh aku bawa korang jenguk-jenguk design aku yang tak seberapa ni.  :)


Backdrop 

News Paper Advertisement

Banner

 Bunting


kalau event ni betul-betul wujud & korang tengok promosi-promosi ni, korang nak datang tak? -_-

FINAL SEM

Assalamualaikum!
haaaa.rase macam dah lame je aku tak memboloskan diri aku dalam blogger.com ni.
bukannya ape. cuma malas nak menaip je. HAHA

berbalik pada tajuk entry aku kali ni.
ni tinggal lagi lebih kurang sebulan je lagi aku akan ada kat poli ni.
rasa macam baru je semalam aku daftar ke sini.
perasaan dah mula sedih je bila terkenangkan kehidupan aku tanpa kawan-kawan baik aku kat sini.
:(  so sekarang ni, aku rasa aku akan menikmati betul-betul sisa-sisa kehidupan aku kat Pasir Gudang ni bersama dengan 'budak-budak tak betul' kat sini. HAHAHA

tapi tengah aku sebok melayan perasaan berahi aku terhadap poli ni,
timbul plak pelbagai konflik kat sini.
tapi bukan konflik yang melibatkan aku secara langsung.
cuma konflik antara kawan-kawan aku.
konflik yang tak sudah-sudah.
bukannya aku nak cakap yang aku ni baik sangat.
tapi jadi macam tak best la plak kalau tengok geng-geng aku ni berkonflik sesama sendiri.

aku rasa, korang yang terlibat dalam konflik ni akan faham siapa yang aku maksudkan,kan?
cuma satu je lah yang aku nak cakap.
HARGAILAH KAWAN.
aku pun baru tersedar tentang tu.
sebab bila aku fikir-fikirkan balik, hidup aku kat sini takkan happy tanpa kawan.
so, janganlah sampai bila dah habis poli & dah konvo nanti, baru korang semua terkenang semula saat-saat korang berada kat sini.
so sebelum terlambat, buatlah sesuatu.
fikirkanlah kehidupan korang selepas poli ni.
mungkin korang takkan dapat lagi member-member macam yang ada kat sini.
fikirkanlah!
kalau korang tengok member kat sini jahat, yang kat tempat lain mungkin akan lebih jahat.
tak salah untuk bertengkar tapi janganlah sampai berperang.


aku dah lalui dah semua ni.
sampai sekarang, kitorang tak bertegur.
kalau korang budak kelas aku, korang pun tau sape budak yang aku maksudkan,kan?
rasa menyesal jugak buat macam tu.
tapi, benda dah lepas.

so, janganlah korang jadi macam aku yang menyesal di kemudian hari.
sementara ada masa yang tak berapa nak ada ni, berbaik-baiklah ye.
sedih doe bila dah habis poli nanti.
percayalah cakap aku.

peace no war!

Tuesday, March 8, 2011

POLIS & RASUAH


Majoriti masyarakat akan menyalahkan anggota polis dalam isu rasuah.
Tapi sedarkah anda bahawa dr segi undang-undang, PEMBERI & PENERIMA rasuah adalah dua pihak yg BERSALAH.
Mungkin anda akan kata "ala, polis yg salah sebab minta duit. kalau nak saman, saman je la".
Okay, kalau anda kata begitu, kenapa anda 'suap' polis tu? Kalau anda betul2 jujur & tak mengamalkan rasuah, kenapa anda tak terima saja saman tu? Muhasabah diri sendiri sebelum menyalahkan mana2 pihak.
Dalam hal ni, segelintir polis sememangnya bersalah kerana meminta & menerima 'suapan'.
Dan anda juga sebagai pemberi 'suapan' bersalah. Jadi untuk mengelakkan amalan rasuah, terima saja saman daripada anggota polis jika anda didapati bersalah melakukan kesalahan jalan raya. Tiada pepatah "tangan yg memberi lebih baik daripada tangan yg menerima" dalam isu rasuah.


Sama juga jika anda 'suap' kanak2 dengan gula-gula untuk menutup kesalahan anda.
Kanak2 tersebut akan meminta anda gula-gula jika tidak mahu rahsia anda terbongkar.Anda dengan perasaan 'tidak bersalah' memberikan kanak2 tersebut gula-gula.
Tanpa anda sedari, anda telah menggalakkan kanak-kanak tersebut menerima rasuah. Walaupun hanya dengan sebiji gula-gula, ianya tetap dipanggil rasuah.
Jadi, berwaspadalah.

*Aku tidak berpihak pada mana-mana pihak tapi pada pandangan aku, jika kita sebagai masyarakat bertindak jujur & tidak memberi rasuah, setidak-tidaknya kita akan membantu mengurangkan penularan gejala rasuah dalam masyarakat kita.

Monday, February 21, 2011

CIGAR vs SHISHA

haaaa. post ni bukan nak bercerita tabiat merokok aku.
aku malas nak cerita bab tu sebab dah biase sangat aku kena bebel suruh berhenti merokok.
so, hari ni aku nak cerita bab shisha.

baru je tadi, grup aku present pasal shisha dalam kelas Tamadun Islam.
punyalah banyak fakta tentang bahaya shisha dan rokok yang grup kami bentangkan.
antaranya :
- shisha 400 kali ganda lebih bahaya berbanding rokok.
- shisha boleh membawa kepada banyak penyakit termasuk tibi & HIV.
- sekali kita sedut shisha, bersamaan dengan hisap 70 batang rokok.



so lepas je present, ustaz pun komen la.
tiba2 ustaz dengan selambernye boleh bercerita tentang kenikmatan menghisap shisha.
HAHAHA
sebab ustaz ni dulu belajar kat timur tengah.
dan ustaz ni adalah salah seorang penghisap shisha tegar.
so, ustaz macam backup la sikit kami2 yang digelar perokok ni. HAHA
terbaik la ustaz!!!
ustaz siap cerita lagi waktu2 nikmatnya menghisap rokok. HAHA
kalau korang perokok, korang akan tahu bila waktu2nya tu.

so, nasihat aku pada korang yang tak hisap rokok tapi hisap shisha,
HENTIKANLAH!!
sebabnya, jangan sampai korang pun ketagih jugak ye.
terutamanya perempuan2.
aku tahu, ramai perempuan yang hisap shisha walaupun tak hisap rokok.

kesimpulannya,
ROKOK & SHISHA membahayakan kesihatan.
so, sesape yang belum terjebak lagi, hindarkanlah!
peace no war  =)

Tuesday, February 8, 2011

KUALA SELANGOR

esok kelas aku akan gerak menuju ke Homestay Kuala Selangor
(aku lupa nama kampung tu).
tapi kalau nak ikutkan waktu yang tepat,
sebenarnye tak sampai 8 jam lagi kitorang akan gerak.
perasaan sekarang ni agak excited sebab al-maklumlah,
ini 1st time aku nak menjejakkan kaki ke homestay.
lagipun aku sememangnya takde kampung halaman  :(
so setiap kali Hari Raya,
aku akan bertandang ke rumah nenek & atok aku di Taman Daya.
so, itulah kampung halaman kami sekeluarga.
sedih, kan?
ape nak buat~~

berbalik kepada cerita homestay tu, aku sebenarnya masih blur dengan
tujuan pemergian kami ke sana.
YES! sememangnya tujuan kami adalah untuk buat research.
tapi masalahnya, takde sebarang persiapan pun untuk research tu.
so aku masih blur2 lagi.
mungkin esok baru nampak la kot tujuan sebenarnya tu.


lepas balik dari makan malam je tadi, aku dengan semangatnya, dah kemas barang2 aku termasuklah meng'iron' baju dan seluar yang akan dipakai esok.
baju untuk esok, Puan Nurul dah tetapkan untuk pakai baju 'GAJAH'.
so, semuanya sudah settled.

cuma satu kebimbangan/persoalan yang berlegar dalam kepala hotak aku ni.
"dapat ke kitorang bangun sebelum pkul 7.30 esok?"
urmmmmmm, agak memusykilkan la. HAHA

Tuesday, February 1, 2011

TAK SAH

tak sah kehidupan seharian aku tanpa M.C.
mesti ramai yang blur2 apa tu M.C kan?
M.C = Millionaire City.
HAHAHAHA
fenomena terutamanya untuk budak2 kelas aku.
berlumba-lumba nak dapat ranking yang best.
pencabar/pesaing utama aku adalah member sebelah tilam aku.
siapa lagi kalau bukan Mohamad Nazhif.
gigih sungguh kami bertanding. HAHAHAHA
setakat ni, dia semakin menghampiri aku sambil diekori member-member yang lain terutamanya 'awek sang B' dan juga si Jaha Kasyah Jahat.
so aku doakan la korang semua berjaya dalam M.C ni ye. HAHA
aku pun kadang-kadang macam malas dah nak manage game ni.
tapi disebabkan tak mahu kalah, aku tetap juga teruskan. HAHAHA

haaaaa.
screenshot kat bawah ni, adalah screenshot M.C aku untuk setakat jam 5 petang ni.
takde lah gempak mana.
tapi adelah sikit-sikit. HAHAHA
aku namakan bandar aku ni = HILMIpolitan. HAHAHA
bersempena dengan nama aku la kononnya.