Thursday, November 11, 2010

C.M

haaaa.
ni dah start cuti semester.
2minggu je cuti kali ni.

tapi sebenarnya, bukannya entry ni untuk cerita pasal cuti.
tapi nak cerita pasal result final yang aku pun tak tahu bila akan keluar.

masa hari last aku punya final, aku dapat sms dari lecturer Akaun aku.
pada awal sms tu, lecturer tu tanya khabar demam denggi aku.
tapi bila dah hujung2 sms dia tu, ada khabar yang tak sedap untuk dibaca, didengar dan dilihat.
ayat dia macam ni : "tapi kenapa tak leh jawab final? sy frust ni."
fuhhhhhhhh. aku punya final Akaun hancur ke?



lepas baca sms tu, aku terus moody & terus reply sms tu.
aku : "kenapa puan? result final saya teruk ke?."
puan : "sy tengah marking ni. kalau PB awak tinggi, awak selamat la. banyak2 la doa ye."

apa perasaan korang kalau baca sms macam tu dari lecturer?
aku terus terfikir yang aku akan Carry Module Akaun.
macam mana lah agaknya keadaan aku kalau aku kena CM. aduhhhhh~

semalam aku try sms lecturer tu untuk tanya markah keseluruhan Akaun aku untuk sem ni.
dan lecturer tu pun reply.
nak tahu dia reply ape?
erm, rasanya tak payah lah aku nk beritahu korang semua sebab result rasmi belum kuar lagi.
so korang fikir la ye sama ada aku pass Akaun untuk sem 5 ataupun kena CM.

apa-apa pun, selain Akaun, paper Marketing pun buat aku gegel jugak.
berdoa je la yang aku mampu.
moga-moga aku takde kena CM walaupun satu paper.

memang tension bila jawab final kat dalam wad.
walaupun keadaan sejuk, tapi memang tension gila dan tak selesa.
so kalau ditakdirkan aku kena CM nanti, korang bagilah semangat pada aku ye.
sebab aku tahu, kawan-kawan adalah kaunselor terbaik.

ape-ape pun, GOOD LUCK untuk korang jugak ye.
semoga pointer korang lebih dari 3.50 dan dapat anugerah.  :)

Thursday, November 4, 2010

DENGGI

hari ni hari ke-6 aku kat Hospital Pakar KPJ Johor ni.
memang membosankan.
hari ni aku takde peneman sebab aku dah boleh uruskan diri sendiri.
so sempat la aku mengupdate blog aku yang terbengkalai ni.

suasana malam ni sejuk-sejuk suam. hahaha.
sebabnya, air-cond kat sini kadang-kadang macam haram sikit.
so terima je la.
aku dah berjaya habiskan 3 final paper kat hospital.

tapi tadi kejadian yang paling aku tak dapat lupakan.
nak tahu kenapa?
aku dari semalam baca nota 'sustainable tourism'.
pagi tadi sebelum lecturer datang untuk final, aku check la semula jadual exam aku.
terbahak aku bila tengok, rupanya subjek yang aku study tu, subjek untuk hari isnin depan.
rupanya hari ni subjek Prinsip Pengurusan.
hahahaha. sengal tahap gaban la kan.
selamat la sempat baca sikit-sikit.
jawab pun tak berapa selesa sebab rasa seram sejuk.
al-maklumlah badan tak sihat 100% la katakan.
tapi aku kena juga buat final.
kalau tak buat, takkan la aku nak extend sem yang aku dah belajar 5bulan ni plak kan?
erm, dah la. aku nak sambung tengok wrestling + online FB.
nanti kalau aku panjang umur, aku post lagi entry kat sini k.
ASSALAMUALAIKUM !