Sunday, June 3, 2012

POLITIK vs VANDALISME

Assalamualaikum W.B.T

Dah lama rasa tak post entry kat sini.
Tuntutan kerja yang berlambak lah katakan. HAHA

Berbalik kepada tajuk entry ni, bukan untuk menyokong mana-mana pihak, cuma sebagai rakyat Malaysia, kita memang tak boleh lari dari isu politik semasa.
Setakat ini, sejujurnya aku masih belum mendaftar sebagai pengundi sebab aku rasa aku belum bersedia untuk memilih pemimpin negara ni. HAHA

Aku cuma tak puas hati la dengan segelintir 'PENYOKONG FANATIK' parti-parti politik kat Malaysia ni.
Tak salah untuk anda menyokong BARISAN NASIONAL mahupun PAKATAN RAKYAT.
Tapi tak perlulah untuk jadi VANDALISME!

Mesti ramai yang masih tak faham, kan?
okay, aku bagi contoh :



Haaaaa. Ni lah maksud aku. 
Tak kira la penyokong KERAJAAN mahupun PEMBANGKANG, sama je.
Antara singkatan yang aku tau :

ABU - Asal Bukan Anwar Ibrahim
ABU - Asal Bukan Umno
TIBAI - Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim

Kenapa perlu jadi VANDALISME?
Kalau ye pun nak berkempen, buatlah 'banner' ataupun 'bunting'. Kalau nak lagi besar, buat je 'billboard'.
Kalau masing-masing buat macam ni, habislah negara penuh dengan contengan-contengan macam ni.

AKU SAYANG MALAYSIA !