Friday, March 18, 2011

MY DESIGN

setelah beberapa kali tukar design, akhirnya ni lah hasil design-design aku untuk final project group aku.
aku tak banyak menyumbang pun sebab aku ni tak reti nak buat-buat ayat.
cuma yang aku reti sikit-sikit, buat design untuk promosi je la. HAHA
haaaa. pesanan pada budak-budak graphic : "aku ni tak belajar formal macam korang. so, aku tak sehebat korang. hehe "
meh aku bawa korang jenguk-jenguk design aku yang tak seberapa ni.  :)


Backdrop 

News Paper Advertisement

Banner

 Bunting


kalau event ni betul-betul wujud & korang tengok promosi-promosi ni, korang nak datang tak? -_-

FINAL SEM

Assalamualaikum!
haaaa.rase macam dah lame je aku tak memboloskan diri aku dalam blogger.com ni.
bukannya ape. cuma malas nak menaip je. HAHA

berbalik pada tajuk entry aku kali ni.
ni tinggal lagi lebih kurang sebulan je lagi aku akan ada kat poli ni.
rasa macam baru je semalam aku daftar ke sini.
perasaan dah mula sedih je bila terkenangkan kehidupan aku tanpa kawan-kawan baik aku kat sini.
:(  so sekarang ni, aku rasa aku akan menikmati betul-betul sisa-sisa kehidupan aku kat Pasir Gudang ni bersama dengan 'budak-budak tak betul' kat sini. HAHAHA

tapi tengah aku sebok melayan perasaan berahi aku terhadap poli ni,
timbul plak pelbagai konflik kat sini.
tapi bukan konflik yang melibatkan aku secara langsung.
cuma konflik antara kawan-kawan aku.
konflik yang tak sudah-sudah.
bukannya aku nak cakap yang aku ni baik sangat.
tapi jadi macam tak best la plak kalau tengok geng-geng aku ni berkonflik sesama sendiri.

aku rasa, korang yang terlibat dalam konflik ni akan faham siapa yang aku maksudkan,kan?
cuma satu je lah yang aku nak cakap.
HARGAILAH KAWAN.
aku pun baru tersedar tentang tu.
sebab bila aku fikir-fikirkan balik, hidup aku kat sini takkan happy tanpa kawan.
so, janganlah sampai bila dah habis poli & dah konvo nanti, baru korang semua terkenang semula saat-saat korang berada kat sini.
so sebelum terlambat, buatlah sesuatu.
fikirkanlah kehidupan korang selepas poli ni.
mungkin korang takkan dapat lagi member-member macam yang ada kat sini.
fikirkanlah!
kalau korang tengok member kat sini jahat, yang kat tempat lain mungkin akan lebih jahat.
tak salah untuk bertengkar tapi janganlah sampai berperang.


aku dah lalui dah semua ni.
sampai sekarang, kitorang tak bertegur.
kalau korang budak kelas aku, korang pun tau sape budak yang aku maksudkan,kan?
rasa menyesal jugak buat macam tu.
tapi, benda dah lepas.

so, janganlah korang jadi macam aku yang menyesal di kemudian hari.
sementara ada masa yang tak berapa nak ada ni, berbaik-baiklah ye.
sedih doe bila dah habis poli nanti.
percayalah cakap aku.

peace no war!

Tuesday, March 8, 2011

POLIS & RASUAH


Majoriti masyarakat akan menyalahkan anggota polis dalam isu rasuah.
Tapi sedarkah anda bahawa dr segi undang-undang, PEMBERI & PENERIMA rasuah adalah dua pihak yg BERSALAH.
Mungkin anda akan kata "ala, polis yg salah sebab minta duit. kalau nak saman, saman je la".
Okay, kalau anda kata begitu, kenapa anda 'suap' polis tu? Kalau anda betul2 jujur & tak mengamalkan rasuah, kenapa anda tak terima saja saman tu? Muhasabah diri sendiri sebelum menyalahkan mana2 pihak.
Dalam hal ni, segelintir polis sememangnya bersalah kerana meminta & menerima 'suapan'.
Dan anda juga sebagai pemberi 'suapan' bersalah. Jadi untuk mengelakkan amalan rasuah, terima saja saman daripada anggota polis jika anda didapati bersalah melakukan kesalahan jalan raya. Tiada pepatah "tangan yg memberi lebih baik daripada tangan yg menerima" dalam isu rasuah.


Sama juga jika anda 'suap' kanak2 dengan gula-gula untuk menutup kesalahan anda.
Kanak2 tersebut akan meminta anda gula-gula jika tidak mahu rahsia anda terbongkar.Anda dengan perasaan 'tidak bersalah' memberikan kanak2 tersebut gula-gula.
Tanpa anda sedari, anda telah menggalakkan kanak-kanak tersebut menerima rasuah. Walaupun hanya dengan sebiji gula-gula, ianya tetap dipanggil rasuah.
Jadi, berwaspadalah.

*Aku tidak berpihak pada mana-mana pihak tapi pada pandangan aku, jika kita sebagai masyarakat bertindak jujur & tidak memberi rasuah, setidak-tidaknya kita akan membantu mengurangkan penularan gejala rasuah dalam masyarakat kita.