Saturday, December 11, 2010

FINAL PROJECT

Minggu lepas adalah minggu penuh 'kontroversi' untuk semester 6. HAHA
al-maklumlah. hari isnin ada taklimat tentang final porject oleh Puan Nyi Imas (Penyelaras Projek).
subjek ni gabungkan ketiga-tiga kelas semester 6.
studentnya ade lebih kurang 100 orang. tapi buat kat Dewan Kuliah Jabatan? (sangat tidak praktikal)
tapi itu semua takde masalah.

saat-saat kontroversi yang digeruni semua pihak adalah apabila......
pembahagian kumpulan.
haaaa, masa ni semua dah mula mengatur langkah memilih member-member yang boleh buat kerja.
memang serabut sangat-sangat masa tu.
tapi selamatlah aku telah melamar awal-awal aweks-aweks dalam kelas aku ni untuk satu group. HAHA
(prinsip pemilihan kump. untuk kelas aku adalah, setiap kumpulan mesti ada atleast sorang lelaki).
okay! dalam kelas aku pun dah ada kontroversi pemilihan ahli kumpulan.
masing-masing taknak berpisah dengan BFF masing-masing. (kononnya)
tapi mungkin kematangan membuatkan benda tu berjalan lancar tanpa sebarang pemberontakan secara besar-besaran. HAHA

penyelia projek untuk kumpulan aku adalah : Puan Zaiton bte Sarman.
memang best! double thumbs up!



kumpulan aku dah memulakan langkah awal yang agak pantas dengan rancangan akan mengunjungi JOTIC pada hari rabu depan.
wahhhh! semangat betol aweks-aweks dalam group aku ni.
aku cuma ikut je perancangan dieorg sebab dieorang dulu praktikal di JOTIC.
so, walaupun aku adalah ketua projek kumpulan, aku kena rujuk pada aweks-aweks yang berpengalaman tu. HAHA

lepas dengar briefing dari penyelia kami, aku terus terbayangkan hari-hari yang mendatang aku nanti.
confirm busy tahap cimpanzi spesis Afrika.

tapi yang penting, kerjasama & semangat! HAHA
okayla. aku da penat nak menaip.

DAAAAAAAAAA.

Wednesday, December 8, 2010

KURSUS : MEMBANTU / MEMBEBANKAN

Belum lagi sempat pensyarah memulakan tirai kuliah, semester terakhir aku ni telah 'dihiasi' dengan kursus-kursus.
al-maklumlah semester akhir kononnya.

siang tadi, aku dah menjalani Kursus Peningkatan Kompetensi Personal Pelancongan dan Pengembaraan.
dari pukul 8 pagi, sampai la ke pukul 5 petang.
DAN yang paling penting, kursus tu akan bersambung esok.
arrrrggggghhhh! tension bercampur gembira aku dibuatnya.
sepanjang kursus tu, macam-macam yang dah jadi.
kadang-kadang aku rasa macam nak tidur, kadang-kadang macam nak pecah perut ketawa.
tapi itulah namanya kursus.

kalau dulu masa semester-semester bawah, kemungkinan besar aku & kawan-kawan akan ponteng je kursus-kursus macam ni.
tapi bila dah saat-saat akhir di PJB ni, keinsafan dan kematangan tu dah timbul.
so, esok sekali lagi akan menjadi penunggu setia dalam dewan kuliah selama hampir 9 jam.

tak cukup dengan tu, pada minggu ke-12 & ke-13 kuliah, satu lagi kursus ataupun bengkel English for Commercial Purposes akan diadakan.
so, kena lah aku 'block' tarikh tu dari sebarang aktiviti. HAHA.

okaylah! aku nak sambung uruskan Millionaire City aku & kemungkinan besar TIDUR! HAHA

Monday, December 6, 2010

ALAHAI PE'AH THE MOVIE

memang sebenarnya cerita ni dah lapuk la.
tapi 'ade aku kesah'?
so, hari ni aku nak cerita pasal filem pendek yang kumpulan kami kena siapkan untuk semester lepas.

fikir punya fikir, akhirnya kami dapat lah jalan cerita untuk filem pendek ni.
tajuknya : 'alahai...PE'AH'

macam-macam yang terjadi masa dalam proses pembikinan filem ni.
yang lawaknya, scene sebenar cuma 5 saat. tapi penggambaran untuk scene tu sampai 1 jam. HAHA
macam penggambaran filem 5 juta dah aku rasa. HAHA
lokasi pulak, janganla dicerita.
memang kumpulan kami adalah antara kumpulan yang 'kaya' dengan lokasi.
kononnya sebab hasilnya nampak gempak. HAHA


haaaa. yang ni pulak adalah cover DVD merangkap poster untuk filem pendek kami ni.
benda ni aku yang design. takde la cantik mane sebab aku ni bukannya graphic designer.
so, aku buat yang aku mampu je la.
bila pandang lama-lama kat pelakon utama ni, aku asyik nak gelak je. HAHAHA

so sesiapa yang nak tengok filem pendek ni, boleh la klik kat link ni ye - Alahai...PE'AH
sebab saiz terlalu besar untuk upload kat sini  :)  


KREW PRODUKSI

arahan : Mohd Hilmi
suntingan : Mohamad Nazhif | Mohd Hilmi
jurukamera : Ahmad Aiman | Hazuddin | Mohamad Nazhif | Mohd Hilmi
solekan : Muhd Hapiz | Amirah Abu Bakar
jurugegas : Hazuddin | Muhd Hapiz
props : Mohamad Nazhif
suara latar : Norazha Rafizzi

lakonan :
Suria Murni sbg Pe'ah
Hazuddin sbg Kasim
Mohamad Nazhif sbg Adi
Muhd Hapiz sbg Zack
Ahmad Aiman sbg Adam
Mohd Hilmi sbg Dani

penampilan khas :
Muhammad Hakam sbg Peragut
Amirah Abu Bakar sbg Rakan Pe'Ah


terbitan : 

Rightist Production Sdn Bhd

Akhir sekali, kumpulan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara sengaja ataupun tidak sengaja dalam pembikinan filem pendek ini.

Sunday, December 5, 2010

TOTALLY UPDATED

hello! hello!
HAHAHA. blog aku kini berwajah baru. (takde la baru sangat pun)
plan untuk pergi ke PC Expo tadi dah dapat dilaksanakan.
cuma delayed beberapa jam la dari plan asal. HAHA
'JANJI MELAYU'

balik-balik je dari makan malam, aku terus buka lappy aku.
mula-mula cuma plan nak online FB je.
tapi tiba-tiba nafsu untuk update blog tiba-tiba berserakah. HAHAHA
so, ni je la hasilnya yang tak seberapa.
takde idea sangat la untuk design blog ni.
maybe idea tu datang masa aku tidur nanti kot. HAHA

esok adalah Minggu Ke-2 sesi kuliah bagi semester 6 aku.
hmmmmmm, esok kelas start pada jam 10.15 am.
dan dengar-dengar khabar, kelas tu adalah kelas Tamadun. (macam ada chance untuk datang lewat) HAHAHA
seperti minggu lepas, aku tak berharap pun yang esok pensyarah akan start mengajar.
rutin setiap kali awal sem adalah : TOR (term of references).
so, esok pun pensyarah akan serahkan & terangkan pasal TOR tu.

semangat sikit sem ni sebab ni la sem terakhir aku kat PJB. (insyaAllah)
aku berharap semangat ni akan kekal sampai ke akhirnya. HAHA

oke la.
esok kalau aku rajin & ada cerita terbaru, aku post lagi entry k.
aku nak buat 'final touch' sikit untuk blog ni kejap.
lepas tu, maybe aku akan tidur kot. HAHAHA.
Good Night!

TAMAN SKODENG

Selamat datang ke Taman Skodeng! HAHAHA
pagi ni, tepat jam 9.30am, mata aku tiba-tiba je terbuka.
bangun-bangun je, teringat pula kat Millionaire City (game kat FB).
so aku bingkas bangun & meng'online' kan diri.

Hari ni sebenanrnya dah ada plan dengan member-member BFF aku. HAHAHA
kononnya nak merempit ke PERSADA Johor sebab ada PC Fair.
Plannya nak gerak jam 11am.
tapi sekarang ni, dah jam 1.03pm dah.
ape sudah jadi? HAHA
aku memang tak heran pun kalau plan ni cancel ataupun delay sebab aku dah kenal sangat perangai KAMI semua. HAHA
memang dari awal kitorang member, janji kitorang memang selalu pending. HAHAHA
biasa la. JANJI MELAYU la katakan.

apa lagi ek? tak ade ape kot aku nak cerita lagi sebab hari masih muda.
cuma aku berharap la sangat-sangat yang duit PTPTN masuk dalam minggu depan sebab aku nak guna sangat-sangat duit tu.
penting la kononnya. HAHA