Assalamualaikum!
haaaa.rase macam dah lame je aku tak memboloskan diri aku dalam blogger.com ni.
bukannya ape. cuma malas nak menaip je. HAHA
berbalik pada tajuk entry aku kali ni.
ni tinggal lagi lebih kurang sebulan je lagi aku akan ada kat poli ni.
rasa macam baru je semalam aku daftar ke sini.
perasaan dah mula sedih je bila terkenangkan kehidupan aku tanpa kawan-kawan baik aku kat sini.
:( so sekarang ni, aku rasa aku akan menikmati betul-betul sisa-sisa kehidupan aku kat Pasir Gudang ni bersama dengan 'budak-budak tak betul' kat sini. HAHAHA
tapi tengah aku sebok melayan perasaan berahi aku terhadap poli ni,
timbul plak pelbagai konflik kat sini.
tapi bukan konflik yang melibatkan aku secara langsung.
cuma konflik antara kawan-kawan aku.
konflik yang tak sudah-sudah.
bukannya aku nak cakap yang aku ni baik sangat.
tapi jadi macam tak best la plak kalau tengok geng-geng aku ni berkonflik sesama sendiri.
aku rasa, korang yang terlibat dalam konflik ni akan faham siapa yang aku maksudkan,kan?
cuma satu je lah yang aku nak cakap.
HARGAILAH KAWAN.
aku pun baru tersedar tentang tu.
sebab bila aku fikir-fikirkan balik, hidup aku kat sini takkan happy tanpa kawan.
so, janganlah sampai bila dah habis poli & dah konvo nanti, baru korang semua terkenang semula saat-saat korang berada kat sini.
so sebelum terlambat, buatlah sesuatu.
fikirkanlah kehidupan korang selepas poli ni.
mungkin korang takkan dapat lagi member-member macam yang ada kat sini.
fikirkanlah!
kalau korang tengok member kat sini jahat, yang kat tempat lain mungkin akan lebih jahat.
tak salah untuk bertengkar tapi janganlah sampai berperang.
aku dah lalui dah semua ni.
sampai sekarang, kitorang tak bertegur.
kalau korang budak kelas aku, korang pun tau sape budak yang aku maksudkan,kan?
rasa menyesal jugak buat macam tu.
tapi, benda dah lepas.
so, janganlah korang jadi macam aku yang menyesal di kemudian hari.
sementara ada masa yang tak berapa nak ada ni, berbaik-baiklah ye.
sedih doe bila dah habis poli nanti.
percayalah cakap aku.
peace no war!